9 Julai : MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA telah turun padang awal pagi 4 Jun 2018 (RABU) setelah mendapat makluman orang awam berkenaan seorang kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan OKU fizikal gangguan pada otot kerangka tubuh.
Hasil temubual dengan bapa kanak-kanak tersebut, Mohammad Fadzil Bin Abdul; telah mendapati anak bongsu dari 5 beradik itu yang berumur 6 tahun mempunyai masalah kesihatan terlantar sejak berumur 6bulan serta masih menggunakan lampin pakai buang akibat dari masalah ketidakseimbangan otot sendi.
MAIM telah mengumpul maklumat bagi tujuan membantu keluarga tersebut dari aspek kewangan dan kesihatan khususnya kepada kanak-kanak tersebut dari segi pembelian katil khas.
Tidak terhenti disitu, bagi mendapatkan maklumat lanjut keluarga kanak-kanak ini , pegawai siasatan MAIM telah menjejaki rumah keluarga teersebut di Taman Tambak Paya Permai, Ayer Molek kerana kedua-dua ibu bapanya telah berhenti bekerja dan hanya berniaga menjual tempe bagi memberikan sepenuh perhatian kepada anak mereka.
Inilah sebahagian warna warni kehidupan masyarakat dan tugas MAIM yang sering turun padang menyelusuri kehidupan sesetengah golongan yang memerlukan bagi membantu menyelesaikan keperluan masyarakat.