Keurusetian Dan Kualiti
- Menguruskan perlantikan Ahli MAIM
- Menguruskan perjalanan Mesyuarat Majlis Agama Islam Melaka
- Mengurusetiakan Mesyuarat Majlis Agama Islam Melaka
- Menyediakan minit mesyuarat Majlis Agama Islam Melaka untuk perkenanan SPB Yang di Pertuan Agong
- Mengurus dan menyelaras perlantikan Ahli Lembaga Pengarah Anak Syarikat Majlis Agama Islam Melaka
- Mengurus dan menyelaras kertas maklumbalas Majlis Mesyuarat Kerajaaan Negeri Melaka
- Menyelaras dan urusetia kepada program – program kualiti seperti MS ISO, 5 S, Star Rating, KPI, KMK dan lain – lain
- Meyelaras program – program rasmi organisasi
- Menyelaras pemberian Anugerah, Pingat, Bintang dan lain-lain anugerah pengiktirafan peringkat negeri dan kebangsaan
- Menyelaras penyediaan Sasaran Kerja Tahunan Bahagian-Bahagian MAIM
Perundangan
- Memberi khidmat nasihat kepada MAIM dalam aspek perundangan Sivil dan Syariah bagi memastikan segala tindakan
- Peraturan-peraturan yang baru yang akan digunapakai oleh MAIM sebelum diangkat kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri untuk kelulusan
- Memastikan mana-mana enakmen baru yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan diwartakan akan digunapakai oleh MAIM
- Menyemak, mengemaskini dan menambahbaik peruntukan-peruntukan Enakmen, Kaedah atau Peraturan sedia ada yang digunapakai oleh MAIM dari semasa ke semasa supaya sentiasa relevan dengan perkembangan semasa
- Menyediakan draf-draf perjanjian antara MAIM dan pelanggan-pelanggan dalam urusan jual beli, penyewaan, penyediaan perkhidmatan dan lain-lain sebelum diangkat kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri untuk kelulusan
- Menyelaras, menyemak dan menyemak semula deraf perjanjian yang disediakan oleh pelanggan atau pihak yang satu lagi sebelum ditandatangani bagi memastikan kepentingan MAIM sentiasa dilindungi
- Menyelia dan memantau perjalanan kes-kes yang melibatkan MAIM di Mahkamah Sivil dan Syariah dan seterusnya melaporkan dari semasa ke semasa perkembangan terkini kes-kes tersebut kepada pihak pengurusan MAIM
- Menguruskan pewartaan keputusan-keputusan Mesyuarat MAIM yang berkaitan selaras dengan kehendak peruntukan Enakmen atau undang-undang yang berkaitan
Audit Dalam
- Menjalankan auditan terhadap urusan pembayaran gaji kakitangan
- Menjalankan auditan ke atas kutipan hasil
- Menjalankan auditan ke atas stok resit dan stok alat tulis.
- Menjalankan auditan terhadap semua aset alih dan tak alih
- Menjalankan auditan terhadap semua urusan kewangan (bayaran)
- Menjalankan auditan terhadap semua urusan pengagihan dan perbelanjaan-perbelanjaan di bawah asnaf zakat.
- Menjalankan auditan terhadap urusan wakaf dan Baitulmal
- Menjalankan auditan terhadap akaun amanah/pelaburan.
- Menyelaras keperluan audit dengan pihak Jabatan Audit Negara
- Semakan penyata tahunan MAIM sebelum dikemukakan kepada Ketua Audit Negara
- Menyelaras semua jawapan-jawapan terhadap teguran Audit oleh Jabatan Audit Negara
- Menyediakan laporan dan syor kepada Ketua Jabatan terhadap kelemahan yang dapat di kesan dan cadangan penambahbaikan
- Menjalankan auditan pengurusan
- Menjalankan auditan terhadap semua program kualiti
- Menjalankan auditan terhadap Rumah Anak Yatim dan Badan Sukarelawan MAIM
- Urusetia Jawatankuasa Audit Dalam