Ziarah Asnaf Di Hujung Minggu
Bahagian Agihan Zakat menziarahi asnaf yang menerima bantuan bulanan di Negeri Melaka. Kali ini kami menziarahi keluarga Pn. Muliati Muslim, 36; hanya berniaga kecil-kecilan di Klebang sambil membawa anak kedua beliau yang berumur 8 tahun serta OKU.
Beliau yang mempunyai 3 orang anak berumur 9, 8 dan 4 tahun terpaksa berhenti bekerja sebagai jururawat hospital kerana perlu menjaga anaknya sepanjang masa yang tidak mampu mengurus diri dan sering diserang penyakit sawan.
Suami beliau yang dahulunya juga bekerja di sebuah hotel turut berhenti bekerja bagi menjaga dan membantu isteri dan anaknya yang memerlukan rawatan diwaktu yang tidak terjangka apabila perlu ke hospital.
Bagi mereka yang ke Klebang dan ada kelapangan singgahlah sebentar di kedai beliau bagi membantu mereka sekeluarga menambah pendapatan yang dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi.