Follow Us: fbtwiterrss
Theme Color:
Language:
Others
Text Size:
A- A A+

Dua Kakak Meniti Usia Menjaga Adik Murung Di Rumah Serba Keuzuran

duakakakmenitiusiatua

 

 

Dua Kakak Meniti Usia Menjaga Adik Murung Di Rumah Serba Keuzuran

Bahagian Agihan Zakat telah menerima maklumat dari orang awam bahawa terdapat seorang warga emas telah tinggal seorang diri di rumah yang serba kekurangan. Hasil maklumat tersebut, Bahagian Agihan Zakat telah bergegas ke rumah tersebut untuk menziarahi penama terlibat.

Hasil tinjauan, telah didapati Fazira @ Hanapi Md Amin, 50; telah menetap di sebuah rumah tinggalan pusaka keluarga seorang diri dan tidak pernah berkahwin. Beliau yang mempunyai masalah kemurungan tinggal bersebelahan rumah dengan dua orang kakak beliau yang juga kedua-duanya merupakan penerima bantuan bulanan MAIM.

Bahagian Agihan Zakat telah menziarahi beliau dan kedua-dua kakaknya bagi melihat permasalahan yang berlaku. Salah seorang dari kakak beliau iaitu Siti Hajar binti Md Amin, 60; juga turut menjaga seorang anak lelaki yang mengalami masalah tekanan perasaan.

Bagi seorang lagi kakak beliau pula iaitu Siti Rahmah binti Md Amin, 57; bercadang untuk membuat permohonan bagi mendapatkan Rumah Peduli Rakyat di rumah dan tanah pusaka yang didiami Fazira @ Hanapi. Siti Rahmah juga berjanji sekiranya hasrat beliau itu dipenuhi beliau akan menyediakan sebuah bilik khas yang mempunyai 'akses' keluar dan masuk bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada Fazira @ Hanapi apabila rumah pusaka tersebut dirobohkan.

MAIM melalui Bahagian Agihan Zakat juga telah bersedia untuk menambah satu lagi pakej bantuan iaitu Bantuan Sakit Kronik setiap bulan yang akan disalurkan terus kepada salah seorang kakak beliau untuk menjaga kebajikan Fazira @ Hanapi setiap bulan. Pada hari tersebut itu juga, Bahagian Agihan Zakat juga telah menyampaikan sumbangan bantuan am kecemasan berbentuk wang ringgit dan barangan keperluan dapur kepada ketiga-tiga beradik ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

VOTE

Your opinion about the new portal of Melaka Islamic Religion Council:

Can Be Further Improved - 0%
Good - 33.3%
Satisfy - 0%

VISITOR STATISTICS

Today611
Yesterday1750
This Week7568
This Month57062
Total2418922

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

.