Follow Us: fbtwiterrss
Theme Color:
Language:
Others
Text Size:
A- A A+

Menyantuni Asnaf Kebakaran Rumah

bantuan-kebakaran

 

 

Menyantuni Asnaf Kebakaran Rumah #KamiYangMenjalankanAmanah

Team MAIM Agihan Zakat (Jasin) telah turun ke Kampung Abbey, Masjid Baru, Nyalas, Asahan, Melaka apabila menerima khabar kebakaran rumah Pn. Hayati binti Keling.

Kunjungan Team MAIM Agihan Zakat (Jasin) menyumbangkan sejumlah wang dan barangan makanan bagi membantu keluarga ini menampung perbelanjaan beliau sekeluarga akibat daripada musibah tersebut sebelum dibawa ke Mesyuarat JKKAB untuk bantuan yang lain. Semoga sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh Pn. Hayati.

Pn Hayati, 44 tahun yang mempunyai 4 orang anak merupakan Penerima Bantuan Bulanan MAIM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Beliau juga bekerja sebagai pengusaha dodol tradisional kecil-kecilan yang diusahakan bersama suami beliau. Pihak Bomba menganggarkan kerugian kemusnahan sebanyak RM60,000.00. Kejadian kebakaran ini berlaku pada 26.7.2019 jam 12.30 tengahari, ketika itu beliau dan suami tiada di rumah termasuk 2 orang bersekolah. Buat masa ini beliau sekeluarga menyewa di rumah saudara beliau di Felda Bukit Senggeh, Melaka

Pihak MAIM juga mendoakan semoga keluarga ini tabah menghadapi dugaan ini dan dikurniakan rezeki lebih bagi membina kehidupan yang baru.

Pihak MAIM juga menyeru kepada semua badan-badan korporat, ahli perniagaan atau individu untuk tampil memberikan bantuan kepada keluarga ini bagi meringankan beban mangsa kebakaran. Bantuan sektor korporat, ahli perniagaan atau individu amat di harapkan selain sumbangan yang akan diberikan oleh kerajaan melalui agensi - agensi berkaitan kepada mangsa kebakaran ini.

Turut hadir menghulurkan bantuan adalah pihak JAPERUN Asahan, Pejabat Daerah Jasin, Jabatan Kebajikan Masyarakat (Jasin), Pentadbir dan Guru-Guru SMK Simpang Bekoh serta MPKK Kampung Abbey.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

VOTE

Your opinion about the new portal of Melaka Islamic Religion Council:

Can Be Further Improved - 0%
Good - 33.3%
Satisfy - 0%

VISITOR STATISTICS

Today1324
Yesterday2416
This Week6463
This Month10773
Total2258630

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

.