Follow Us: fbtwiterrss
Theme Color:
Language:
Others
Text Size:
A- A A+

Program Kembara Muamalah & Promosi Perkhidmatan Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka

muamalah8

Program Kembara Muamalah & Promosi Perkhidmatan Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Jelajah Masjid Siri ke 8 di Masjid Al-Abidin, Air Tawar.

Ceramah telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Fauzi bin Jaafar, Ketua Unit Infaq & Tijari, Bhg. MAL, MAIM. 
Turut hadir bersama, Ustaz Mohd Khabir bin Abdul Karim, PSU Bahagian MAL, MAIM.

Majlis Agama Islam Melaka melalui Bahagian MAL dan Wakaf sedang giat menjalankan program ini untuk memberi kesedaran & kefahaman kepada Umat Islam khususnya di Negeri Melaka bagi memperkayakan sumber wakaf & pembangunan aset komersial Baitulmal di samping meningkatkan taraf ekonomi umat Islam serta membantu sebagai perunding kepada Perkhidmatan Baitulmal yang disediakan.
..................

Sebagaimana Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261 :

مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ۬ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah SWT, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah SWT akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) KurniaNya, Lagi Meliputi Ilmu PengetahuanNya"

Justeru itu, marilah kita bersama-sama menginfaqkan sebahagian daripada harta kita untuk memperoleh kebaikan & pahala yg berlipat kali ganda sebagai saham akhirat yang akan menjadi bekalan serta manfaat setelah berpisahnya dengan dunia yang hanya sekadar sementara (pinjaman) ini.

Masyarakat Islam yang ingin berinfaq, boleh berbuat demikian melalui :

i. Tabung Amal Jariah Melaka 
Akaun Bank Islam MAIM ACC : 04015010057753

ii. Saham Wakaf 
Akaun Bank Islam MAIM ACC : 04015010017434

Sebarang pertanyaan, jemputan atau maklumat lanjut berkenaan Perkhidmatan Baitulmal MAIM, boleh menghubungi kami di talian 06-2837416 / 06-2849809 / 06-2832077.

#JomKeBaitulmalMAIM
#BerkhidmatSambilBeramal
#ManfaatDisebarkanBersama
#MelakaBerwibawa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

VOTE

Your opinion about the new portal of Melaka Islamic Religion Council:

Can Be Further Improved - 0%
Good - 33.3%
Satisfy - 0%

VISITOR STATISTICS

Today1328
Yesterday2588
This Week8794
This Month59069
Total1751737

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

.