Follow Us: fbtwiterrss
Theme Color:
Language:
Others
Text Size:
A- A A+

Ziarah Mangsa Kebakaran Rumah Bersama Tuan Hj Azman bin Hj Aziz

bantuankebakaranjasin

  

ZIARAH MANGSA KEBAKARAN RUMAH BERSAMA TUAN HJ AZMAN BIN HJ AZIZ, SETIAUSAHA MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA
----------------------------------------------------------------------------------
Bahagian Agihan Zakat MAIM Cawangan Daerah Jasin | 01 Oktober 2019

Di atas keprihatinan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Setiausaha MAIM, Ybhg. Tuan Haji Azman Bin Haji Aziz telah meluangkan masa menyantuni mangsa kebakaran rumah iaitu Encik Md Yusof Bin Buang dan Puan Safarina Binti Berahem Di alamat JB 2719, Jalan Pulai Indah 9, Taman Pulai Indah 77300 Merlimau, Melaka.Kebakaran yang dilaporkan berlaku pada 30 September 2019 jam 2.00 petang itu adalah disebabkan kebocoran gas dan telah mengakibatkan kebakaran bermula di bahagian dapur. Keluarga tersebut telah kehilangan harta benda yang dianggarkan oleh Jabatan Bomba & Penyelamat sehingga RM100,000.00

Dalam kunjungan tersebut Ybhg. Tuan Haji Azman Bin Haji Aziz telah menyalurkan sejumlah wang tunai dan barangan makanan bagi membantu keluarga ini menampung perbelanjaan mereka sekeluarga akibat daripada musibah tersebut. Semoga sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh Encik Md Yusof Bin Buang Dan Puan Safarina Binti Berahem.

Penama dan isteri sekeluarga, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MAIM terhadap keprihatinan dan bantuan yang telah diberikan.

Untuk mengetahui lebih banyak lagi aktiviti berkaitan Majlis Agama Islam Melaka, Like, Comment Dan Share juga di Instagram https://www.instagram.com/maimmelaka/ dan Twitter https://twitter.com/maim_melaka.

#ZakatDiberkatiAsnafDisantuni
#TerimaKasihPembayarZakatMelaka

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

VOTE

Your opinion about the new portal of Melaka Islamic Religion Council:

Can Be Further Improved - 0%
Good - 33.3%
Satisfy - 0%

VISITOR STATISTICS

Today455
Yesterday1750
This Week7412
This Month56906
Total2418766

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

.