Follow Us: fbtwiterrss
Theme Color:
Language:
Others
Text Size:
A- A A+

Majlis Perjumpaan Khas Dan Amanat Menteri Hal Ehwal Agama Di Jabatan Perdana Menteri.

amanat

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

2 April 2020 (Khamis)

Majlis Perjumpaan Khas Dan Amanat Menteri Hal Ehwal Agama Di Jabatan Perdana Menteri.

Alhamdulillah selesai sudah perjumpaan dan amanat bersama Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al- Bakri sebentar tadi.

Program ringkas itu turut merangkumi penyampaian sumbangan kit makanan kepada 2 buah kariah Masjid Pengakalan Batu dan Bukit Nibong.

Hadir sama pada program itu Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Wira Hj Abdul Halim bin Tawil, Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan bin Samat dan Setiausaha MAIM, Tuan Haji Azman bin Haji Aziz.

Turut dilancarkan Tabung Musa'adah Covid 19, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi kemudahan orang ramai membantu meringankan mereka yang terjejas akibat wabak berkenaan.

Orang ramai khususnya rakyat negeri Melaka boleh menyalurkan sumbangan mereka ke tabung berkenaan seperti yang telah dilampirkan bersama.

Insha Allah dengan usaha sekecil ini mampu membantu mereka yang memerlukan dan ganjaran pahala dapat dinikmati bersama di dunia mahupun di akhirat.

Sama-samalah kita berdoa semoga wabak ini akan berakhir dan kita akan dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keinsafan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

VOTE

Your opinion about the new portal of Melaka Islamic Religion Council:

Can Be Further Improved - 0%
Good - 33.3%
Satisfy - 0%

VISITOR STATISTICS

Today647
Yesterday1831
This Week12550
This Month48460
Total2410320

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

.