Follow Us: fbtwiterrss
Theme Color:
Language:
Others
Text Size:
A- A A+

Program Sentuhan Cinta Ramadan

sentuhanramadhan

 

12 Mei 2020 (Selasa)

Program Sentuhan Cinta Ramadan.

Syukur dengan nikmat iman dan Islam, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dengan rasa rendah diri telah menyantuni dan bertanya khabar kepada beberapa Bilik Gerakan Covid-19 Melaka dan juga frontliner yang bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dinegeri ini.

MAIM turut menyampaikan dan mengagihkan pek juadah berbuka puasa kepada mereka yang mana menu yang disediakan adalah nasi beriani, air kotak, buah-buahan dan juga makanan sunnah iaitu buah kurma.

Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Sharif bin Somathulla dan Penolong Setiausaha Bahagian Agihan Zakat MAIM, Shakina binti Mohd Said turut meluangkan masa hadir dan menyampaikan sumbangan berkenaan.

Sedikit sebanyak dengan sumbangan ini dapat menceriakan mereka yang telah bertungkus lumus dalam memastikan segala bentuk ancaman dan situasi berkaitan wabak Covid-19 dapat ditangani dengan sebaiknya.

Berikut merupakan antara bilik gerakan Covid19 yang telah disantuni bersama :

i) Majlis Keselamatan Negeri,Menara Persekutuan, MITC
ii) Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah
iii) Hospital Besar Melaka

Sempena di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini, sama-samalah kita berdoa agar wabak ini akan berakhir dengan segera dan kita dapat menikmati kehidupan ini dengan penuh keberkatan serta nilai keinsafan yang tinggi.

#staysafe
#stayathome
#kitajagakita
#kitamestimenang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

VOTE

Your opinion about the new portal of Melaka Islamic Religion Council:

Can Be Further Improved - 0%
Good - 33.3%
Satisfy - 0%

VISITOR STATISTICS

Today1681
Yesterday1750
This Week8638
This Month58132
Total2419992

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

.