Follow Us: fbtwiterrss
Theme Color:
Language:
Others
Text Size:
A- A A+

Menyantuni Asnaf Dun Ayer Molek

santuniasnafayermolek

 

Assalamualaikum dan Salam MelakaKu Maju Jaya,

29 Julai 2020 (Rabu)

Hari ini Skuad Agihan Zakat Melaka (SAZ) MAIM bersama Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Md Rawi bin Mahmud dan Setiausaha MAIM, Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim sekali lagi meluangkan masa menziarahi dan menyantuni asnaf di DUN Ayer Molek.

Rumah pertama, Puan Mardinah binti Abdullah berumur 46 tahun. Hanya tinggal bersama seorang anak perempuan berumur 15 tahun dan masih bersekolah. Keadaannya yang uzur, mata tidak nampak akibat penyakit kencing manis beliau yang kronik. Simpati kami tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.

Begitu juga di rumah Puan Nor Wahidah binti Maulad Adnan. Allahu Akbar, menitis air mata melihat keadaan keluarga beliau, kaki suami yang terpaksa dipotong akibat penyakit kencing manis kronik dan sudah pasti tidak mampu lagi bekerja. Anak yang masih kecil dan semuanya bersekolah. Isterinya sudah pasti tidak dapat bekerja kerana ingin memastikan tahap kesihatan suami sentiasa dijaga.

Alhamdulillah mereka sangat bersyukur dan gembira dengan kehadiran kami. Sumbangan kit makanan dan bantuan tunai turut kami serahkan. Jangan risau, bantuan secara bulanan kepada mereka turut telah diberikan dengan sebaiknya.

Yang pasti mereka begitu tabah menghadapi kehidupan mendatang dengan keadaan yang serba kekurangan.

Doakan selalu ye moga kami kekal istiqamah dalam melaksanakan amanah yang diberi.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Hadith riwayat al-Bukhari)

#MelakakuMajuJaya
#rakyatbahagiamenggamitdunia
#terimakasihpembayarzakatnegerimelaka
#amanahandatanggungjawabkami
#KawalanDiri
#MelakaMestiMenangCOVID19
#kitajagakita
#kitamestimenang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

VOTE

Your opinion about the new portal of Melaka Islamic Religion Council:

Can Be Further Improved - 0%
Good - 33.3%
Satisfy - 0%

VISITOR STATISTICS

Today955
Yesterday1592
This Week955
This Month36069
Total2344792

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

.