Follow Us: fbtwiterrss
Theme Color:
Language:
Others
Text Size:
A- A A+

Tiga Beradik Yatim Buntu Teruskan Hidup

bantuanzakat1

 

Tiga Beradik Yatim Buntu Teruskan Hidup

 

Setelah dua tahun pemergian ayah tersayang dijemput Ilahi, kini ibu tercinta pula telah empat bulan tidak dapat pulang ke Malaysia akibat sekatan penularan wabak Covid-19 ketika mendapatkan cop visa sosial di Indonesia.
Muhammad Asyraf, 19; Muhammad Asri, 17; dan Siti Nor Fadila, 16 tahun hanya mampu berserah kepada takdir untuk meneruskan hidup di antara beradik di rumah sewa uzur yang didiami.
Arwah ayah mereka Abd Halim Fong Abdullah, yang merupakan seorang Muallaf telah meninggal dunia akibat penyakit kanser hati yang dideritai sejak 2018.
Sejak itu, ibu mereka, Yati Abdullah, 40; yang juga seorang warganegara Indonesia terpaksa menyara kehidupan empat beranak dengan bantuan dari pihak Agihan Zakat Melaka sejak 2012 dan dengan menjual nasi lemak serta kuih muih di hadapan rumah sewa yang didiami di Kampung Permatang Pasir.
Lebih malang lagi, ketiga-tiga beradik ini mempunyai masalah pengenalan diri kerana pendaftaran lewat oleh ibu dan arwah ayah mereka sehingga menyebabkan dua orang darinya iaitu Muhammad Asri dan Siti Nor Fadila tidak mampu bersekolah kerana perlu membayar 'levi' yang dikenakan oleh pihak sekolah.
Menurut Muhammad Asyraf, "Ketika ini, saya perlu bekerja kuat untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab menjaga adik-adik dengan bekerja di kedai ikan bakar di Padang Temu", ujarnya ketika diziarahi oleh Skuad Agihan Zakat (SAZ) Melaka.
"Rumah sewa yang kami diami ini juga telah hampir setahun lebih tertunggak dengan bayaran sewa RM 200 sebulan", katanya lagi.
"Saya sangat mengharapkan agar kami adik beradik dapat mempunyai dokumen pengenalan diri untuk bersekolah seperti pelajar-pelajar lain kerana kami mempunyai sijil lahir dan arwah ayah juga dinikahkan oleh Pegawai Agama Daerah yang begitu dikenali di Melaka", tambahnya ketika ditemui.
"Ada juga individu dari pelbagai persatuan yang hadir dan pernah berjanji akan membantu kami membayarkan sewa dan mendapatkan dokumen pengenalan diri yang sah, namun tiada khabar berita hingga kini", ujarnya.
Selain dari bantuan bulanan yang disalurkan kepada keluarga ini oleh Bahagian Agihan Zakat, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sejak tahun 2012, pihak MAIM juga akan cuba menyelesaikan satu persatu masalah yang dihadapi keluarga ini bagi membolehkan ketiga-tiga beradik ini dapat melalui kehidupan seperti remaja lain di luar sana.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

VOTE

Your opinion about the new portal of Melaka Islamic Religion Council:

Can Be Further Improved - 0%
Good - 33.3%
Satisfy - 0%

VISITOR STATISTICS

Today1287
Yesterday1988
This Week11766
This Month9646
Total2488985

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

.