Follow Us: fbtwiterrss
Theme Color:
Language:
Others
Text Size:
A- A A+

Dua Beradik Bergantung Air Hujan Dan Generator Selama 13 Tahun Di Pondok Usang

2beradik

 

Dua Beradik Bergantung Air Hujan Dan Generator Selama 13 Tahun Di Pondok Usang

Dua beradik warga emas yang tinggal selama 13 tahun tanpa kemudahan asas di sebuah pondok di tengah-tengah kebun serai terkejut menerima kehadiran Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, YB Datuk Seri Hj. Ahmad Hamzah, yang menziarahi kedua-dua adik beradik tersebut di Jln. Pokok Mangga, Kg. Padang, Melaka.
Yusoff Wahab, 60; dan adik tirinya Azmee Abdul Karim, 51 tahun hanya mengharapkan hasil jualan serai yang ditanam secara sewaan melalui orang tengah untuk menyara hidup.
Kehidupan dua beradik yang tinggal di pondok usang itu adalah hasil maklumat jiran yang baru mengetahui kehidupan dua beradik tersebut setelah kawasan hutan di tengah-tengah kebun tersebut dibersihkan beberapa bulan yang lepas.
Melalui maklumat yang diterima, Bahagian Agihan Zakat telah menziarahi keluarga ini bersama Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Hj. Md. Rawi Mahmud dan Setiausaha MAIM, Hj. Muhammad Ikram Ibrahim.
Hasil ziarah yang dijalankan, kedua-dua beradik ini telah tinggal di pondok tersebut sejak 13 tahun yang lalu setelah abang yang sulong iaitu Yusoff Wahab berpisah dengan isteri tanpa dikurniakan zuriat.
Kedua-dua beradik ini telah membawa diri dan pernah menyewa di rumah pangsa di kampung tersebut dengan bayaran RM 400 sebulan sebelum tidak mampu membayar sewa serta akhirnya terpaksa keluar dengan membina tempat tinggal di tengah-tengah kebun terbabit.
Menurut Yusoff Wahab, ketika itu, kebun ini adalah petak sawah padi yang terbiar serta masih dikelilingi hutan sebelum saya mencari pemilik tanah dan berhajat untuk tinggal serta menyewa tanah sawah tersebut untuk diusahakan dengan tanaman serai.
Menurutnya lagi, beliau sebelum ini pernah berbicang dengan pihak jawatankuasa masjid untuk memohon keizinan bagi menyewa mendapatkan sumber elektrik dari tanah perkuburan berhampiran tempat tinggal beliau, namun ditolak.
"Saya cuma mahukan lampu sahaja untuk menerangi pondok saya diami bersama adik diwaktu malam, kerana pernah pada waktu malam rumah ini dimasuki binatang berbisa ketika sedang nyenyak tidur", katanya ketika ditemui.
"Tentang air, kami boleh tadah air hujan untuk mandi dan membasuh, manakala untuk memasak kami akan mengambil air mesin yang ditapis di pekan berhampiran dan kami pun dah biasa untuk tidak makan tengahari", ujar Yusoff lagi.
Selain dari tidak mempunyai kemudahan asas yang diterima, Yusoff dan adiknya Azmee sangat memerlukan jambatan kecil yang menghubungkan kebun yang diusahakan dengan jalan raya berhampiran dapat di baikpulih kerana pernah sebelum ini motorsikal yang digunakan untuk mengangkut hasil tanaman serainya jatuh beberapa kali ke dalam parit besar berhampiran.
Bahagian Agihan Zakat yang terus bertindak menziarahi keluarga ini juga turut menyampaikan sumbangan bantuan kecemasan berupa wang tunai dan makanan keperluan dapur serta telah hadir sekali lagi keesokan harinya bersama Timbalan Menteri Pertanian dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusof bagi melihat keperluan yang boleh dibantu kepada kedua-dua beradik ini.
Bahagian Agihan Zakat juga telah meluluskan bantuan bulanan segera kategori Asnaf Fakir kepada mereka berdua bagi membantu Yusoff dan adiknya.
Semoga bantuan zakat yang disalurkan setiap bulan kepada mereka berdua dapat meringankan beban yang ditanggung agar dapat menjalani kehidupan yang lebih baik selepas ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

VOTE

Your opinion about the new portal of Melaka Islamic Religion Council:

Can Be Further Improved - 0%
Good - 33.3%
Satisfy - 0%

VISITOR STATISTICS

Today1310
Yesterday1988
This Week11789
This Month9669
Total2489008

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

.