Assalamualaikum dan Salam Melakaku Maju Jaya,
27 November 2020 (Jumaat)
Alhamdulillah,syukur ke hadarat Allah S.W.T sebentar tadi telah berlangsungnya majlis penyerahan cek berjumlah RM128,786.50 bagi pemulangan semula kutipan saham wakaf kepada Jawatankuasa Lembaga Masjid Bilal bin Rabah,Tanjung Kling daerah Melaka Tengah.
Kutipan saham wakaf ini adalah bertujuan bagi projek penambahbaikan prasarana dan infrastruktur sedia ada di masjid berkenaan. Penyerahan cek telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi MAIM, YB. Datuk Md Rawi bin Mahmod kepada ADUN Pantai Kundor, YB Datuk Hj.Azman bin Hassan mewakili Jawatankuasa Masjid tersebut.
Turut hadir Setiausaha MAIM, Ybhg. Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim dan sebahagian ahli jawatankuasa masjid.
Insha Allah dengan adanya dana ini., ianya mampu menerbitkan rasa selesa dalam kalangan jemaah untuk melaksanakan ibadah solat dan pelaksanaan pelbagai program diniyah di kariah berkenaan.