Follow Us: fbtwiterrss
Theme Color:
Language:
Others
Text Size:
A- A A+

Program Ziarah Kasih Dun Serkam

ziarahkasih2

15 Jan :Pada hari Sabtu, 12 Januari 2019, Bahagian Agihan Zakat, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah menjalankan satu program ziarah kasih di DUN Serkam, Jasin. Program yang julung kalinya diadakan ini turut mendapat kerjasama daripada JAPERUN DUN Serkam dan MPKK Serkam.

Setiausaha MAIM; Tuan Haji Azman Bin Haji Aziz telah meluangkan masa kira-kira 2 jam untuk bersama-sama dengan asnaf. Beliau turut diringi oleh Penolong Setiausaha Bahagian Agihan Zakat; Tuan Haji Rizalman Bin Syed, Pegawai Zakat Daerah Melaka Tengah; Mohd Nazri Bin Abd Rahim, Pegawai Zakat Daerah Jasin; Tuan Haji Norazam Bin Haji Ismail serta staf Agihan Zakat Daerah Melaka Tengah dan Jasin.

Sebanyak lima buah rumah yang terletak di Kampung Berangan Enam, Umbai telah disantuni dalam ziarah ini. Melalui ziarah ini, Tuan Haji Azman telah beramah mesra dengan para asnaf, selain menghulurkan sedikit bantuan berupa barangan makanan dan wang tunai. Ada di antara asnaf turut menerima bantuan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan asnaf.

Dalam kesempatan yang sama, Tuan Haji Azman turut menitipkan beberapa kata nasihat buat para asnaf agar dapat terus berusaha untuk membebaskan diri daripada belengu kemiskinan. Beliau juga meminta pemimpin masyarakat dapat terus menjadi mata dan telinga agensi kerajaan agar golongan yang memerlukan mendapat pembelaan yang sewajarnya, selaras dengan hasrat Ketua Menteri Melaka untuk menghilangkan kelaparan rakyat, menghilangkan kejahilan rakyat dan menghilangkan kedukaan rakyat.

 

 

VOTE

Your opinion about the new portal of Melaka Islamic Religion Council:

Can Be Further Improved - 0%
Good - 33.3%
Satisfy - 0%

VISITOR STATISTICS

Today1244
Yesterday1595
This Week5933
This Month1244
Total3732969

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

.