|

Delegasi dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Diketuai Setiausaha MAIM, Ybrs Haji Muhammad Ikram Mengadakan Kunjung Hormat ke Pejabat TYT Duta Besar Malaysia di Negara Mesir

mesir

mesir1

mesir2

 

Assalamualaikum dan Salam Aidil Fitri
 
Alhamdulillah delegasi dari Majlis Agama Islam Melaka (MIAM) diketuai Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim bersama Pegawai Atase Pendidikan Melaka, Ustaz Masykuri bin Khamid mengadakan kunjung hormat ke Pejabat TYT Duta Besar Malaysia di negara Mesir. Pertemuan mesra bersama TYT Duta Besar, Tuan Zamani bin Ismail menjurus kepada kebajikan dan hal ehwal mahasiswa anak Melaka di negara berkenaan. Perkongsian pandangan dan matlamat bagi membentuk mahasiswa yang berdaya saing dan menjaga nama baik serta tatasusila sepanjang berada di bumi para anbiya' ini. Turut sama pada pertemuan ini Pengarah Education Malaysia Egypt, Tuan Mohamad Khairi bin Abdullah dan Pegawai Atase Pendidikan yang baharu, Ustaz Hafizi bin Ab Bakar.
 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang menempuh perjalanan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan perjalanannya menuju syurga. Malaikat akan menaungi penuntut ilmu dengan sayapnya kerana reda terhadap perkara yang dia lakukan. Semua penghuni langit dan bumi akan memohon ampun bagi mereka yang memiliki ilmu pengetahuan, demikian juga ikan di dalam air. Keutamaan seseorang yang berilmu pengetahuan atas seorang ahli ibadah bagaikan bulan dengan sekumpulan bintang. Ketahuilah bahawa ulama adalah pewaris Nabi. Dan sekalian nabi tidaklah mewariskan wang dinar mahupun dirham (harta), melainkan ilmu. Maka sesiapa yang mengambilnya, maka dia telah mendapatkan keberuntungan besar." - Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah, al-Baihaqi dan Ibnu Hibban.
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Thursday 18 April 2024, 08:56:55.

Total Visitors

003724620

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.