Follow Us: fbtwiterrss
Theme Color:
Language:
Others
Text Size:
A- A A+

Bahagian Balai Islam

Misi dan Visi Bahagian

- Berusaha melahirkan "role-model" saudara kita yang boleh dicontohi dan melahirkan ummah yang beriman, berilmu dan beramal 

- Membimbing saudara kita ke arah Pemantapan Akidah Sejati dan memupuk rasa tanggungjawab terhadap tuntutan agama

Objektif Bahagian

1. Berusaha bersungguh-sungguh menerapkan nilai-nilai murni islam dan ajaran islam untuk dihayati bersama dalam setiap individu saudara kita.

2. Menanam rasa tangggungjawab dalam agama kepada saudara kita secara berperingkat mengikut kefahaman dan kemampuan mereka.

3. Memperbaiki taraf kehidupan dan ekonomi sosial dikalangan mereka melalui bantuan-bantuan dan kursus kemahiran jangka pendek/panjang dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

4. Mengeratkan semangat ukhwah persaudaraan Islamiah yang baik dikalangan saudara kita dengan umat Islam keseluruhannya.

4. Melaksanakan program pemantapan akidah & Tasauwur Islam dengan teratur dan berkesan.


Fungsi Utama Bahagian

1. Mengurus daftar memeluk Islam di Negeri Melaka

2. Menguruskan kes-kes permohonan keluar Islam (jika ada).

3. Mengemaskini proses keluar kad Islam kepada saudara kita.

4. Merancang program peningkatan ilmu dan pemantapan akidah kepada saudara kita melalui seminar kursus dan bengkel serta kelas-kelas asas Fardhu Ain.

5. Memberi bimbingan khidmat nasihat (kaunseling) kerjaya dan menguruskan dalam bentuk bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukan.

6. Menjadi urusetia pemilihan calon anugerah Tokoh Maal Hijrah Saudara Kita dan calon menunaikan Umrah dan Haji dengan kerjasama badan NGO. 

7. Menyediakan data dan analisa pengislaman Negeri Melaka untuk rujukan JAKIM/ Majlis/ Jabatan Agama Islam Melaka dari masa ke semasa. 

8. Menguruskan kewangan unit dengan khidmat pengurusan yang berkesan dan adil untuk manfaat pembangunan saudara kita. 

9. Melaksanakan kehendak Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Melaka (Bahagian Pemelukan Islam) dengan berkesan.   

Aktiviti Bagi Fungsi Utama Bahagian

UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

i. Pengurusan segala Panjar Wang Runcit (PWR), Elaun Kehadiran Pelajar dan guru-guru halaqah, kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) untuk Saudara Muslim Negeri Melaka.

ii. Pengurusan pembelian proses perolehan produk/ perkhidmatan dan mengeluarkan Pesanan Kerajaan (L/O) bagi setiap pembelian terus.

iii. Pengurusan Keperluan Kompleks Darul Huda.  

iv. Pengurusan Asrama Kompleks Darul Huda.

v.  Pengurusan Fail-Fail Pentadbiran dan Fail Fungsian.

vi. Pengurusan Rekod Aset Stor dan Sumber Manusia.

UNIT PENDIDIKAN DAN DAKWAH

i. Pengurusan Pemelukkan  Islam Saudara Muslim Negeri Melaka

ii.  Pengurusan Pendaftaran Pemelukkan Islam Negeri  Melaka. 

iii. Pengurusan Kelas Fardhu Ain dan KAFA Saudara Muslim Negeri Melaka.

v. Pengurusan Kursus/Program Bagi Pemantapan Akidah Saudara Muslim Negeri Melaka.

vi. Pengurusan Kaunseling Kepada Saudara Muslim Yang Memerlukan.

UNIT AGIHAN KEBAJIKAN 

i. Pengurusan Skim Bantuan Sewa Rumah 

ii. Pengurusan Bantuan Sara Hidup 

iii. Pengurusan Bantuan Utiliti Tertunggak

iv. Pengurusan Pelajaran 

v. Pengurusan Bantuan Perubatan 

vi. Pengurusan Bantuan Cermin Mata

vii. Pengurusan Bantuan Sakit Kronik 

viii. Pengurusan Bantuan Hemodialisis

i. Merekod permohonan bantuan 

ii Penyiasatan dan Penyediaan Laporan Siasatan bagi tujuan kelulusan permohonan

iii. Pembentangan permohonan kepada Mesyuarat JKKAB

iv. Memproses keputusan permohonan berdasarkan keputusan seperti:-

- Memproses bantuan

- Memaklumkan kepada pemohon yang berjaya

2. Pengurusan Skuad Sukarelawan Balai Islam 

3. Pengurusan Ziarah dan Kebajikan Saudara Muslim Negeri Melaka 

 

VOTE

Your opinion about the new portal of Melaka Islamic Religion Council:

Can Be Further Improved - 0%
Good - 33.3%
Satisfy - 0%

VISITOR STATISTICS

Today2649
Yesterday2467
This Week17946
This Month41137
Total1645797

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

.