Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah selesai untuk hari ini Majlis Pengagihan Bantuan Ramadhan & Syawal kepada asnaf MAIM di DUN Klebang dan DUN Kesidang.
Setiap penerima menerima bantuan berjumlah :
Asnaf fakir setiap ketua isi rumah - RM 400.00.
Asnaf fakir setiap isi rumah - RM 100.00 seorang.
Asnaf miskin setiap ketua isi rumah - RM 250.00.
Asnaf miskin setiap isi rumah - RM 100.00 seorang.
Bantuan fidyah - RM 150.00 seorang
DUN Klebang.
Jumlah penerima seramai 393 orang terdiri :
Asnaf fakir - 13 orang penerima
Asnaf miskin - 380 orang penerima
DUN Kesidang.
Jumlah penerima seramai 538 orang terdiri :
Asnaf fakir - 15 orang penerima
Asnaf miskin - 523 orang penerima
Alhamdulillah asnaf kita semua ceria dan sangat-sangat bersyukur dengan bantuan ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk memerdekakan dirinya, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” Surah Al-Taubah ayat - 60.