Assalamualaikum dan Salam Aidil Fitri
Perbincangan bersama ADUN kawasan Asahan, YB Tuan Fairul Nizam bin Roslan berkaitan cadangan pengambilan atau pembelian tapak masjid sedia ada iaitu Masjid Kariah Batang Melaka.
Tanah seluas 0.9501 ekar itu terletak di atas lot 145 Mukim Batang Melaka dan pastinya dengan penambahan tapak berkenaan mampu memberi keselesaan tambahan dalam melaksana penambahan bangunan masjid sedia ada.
Juga hadir sama, Ketua Unit Wakaf MAIM, Ustaz Norazam bin Ismail dan Penolong Pegawai Tanah MAIM, Encik Muhammad Effandi bin Othman Kamal Shah.
Turut sama dalam perbincangan Pengerusi Masjid, Tuan Haji Zainal bin Haji Dollah dan Pengurusi JPKK Kampung Batang Melaka, Tuan Haji Mustafa bin Abdullah.
Doakan usaha baik ini dipermudah untuk maslahat umat Islam kariah berkenaan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
" Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk." - Surah al-Taubah : ayat 18.