Assalamualaikum dan Salam Aidil Fitri
Perkongsian sesi audit pemantauan MS ISO 9001:2015 (Quality Management System -QMS) dan MS ISO 37001:2016 (Anti- Bribery Management System- ABMS) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) oleh SIRIM QAD International Sdn. Bhd. Bersama dalam sesi pengenalan ialah Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim dan Pengurus Baitulmal MAIM, Ybhg Ustaz Mohd Hairulamin bin Mohd Sis. Pengauditan dijalankan selama 3 hari bagi memantau dan memberi bimbingan yang lebih teliti dalam perlaksanaan segala prosuder kerja di agensi ini. Nilai integriti yang tinggi sentiasa dilaksana dalam segala urus tadbir.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan baik, sempurna dan teliti." (Riwayat al-Baihaqi).