|

Skuad Agihan Zakat MAIM Cawangan Masjid Tanah bersama Timbalan Pengerusi MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud menyantuni asnaf Puan Aliah binti Ali di Kampung Lubuk Redan Masjid Tanah

santuni asnaf lubuk redan

santuni asnaf lubuk redan2

santuni asnaf lubuk redan3

santuni asnaf lubuk redan4

Assalamualaikum dan Salam Aidil Fitri
 
Alhamdulillah Skuad Agihan Zakat MAIM Cawangan Masjid Tanah bersama Timbalan Pengerusi MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud menyantuni asnaf Puan Aliah binti Ali di Kampung Lubuk Redan Masjid Tanah. Mempunyai masalah rumahtangga dan dihalau keluar oleh suami dan kini tinggal di rumah pusaka yang agak usang. Keadaan kesihatan yang tak mengizinkan kerana menghidap penyakit kencing manis yang kronik hingga memberi kesan kepada mata beliau, juga menghidap penyakit tualng yang reput dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Melaka. Kami di MAIM akan bantu Puan Aliah dengan bantuan yang sesuai... bantuan wang tunai turut disampaikan. Sabar dan tabah hadapi ujian ini...semoga anak-anak Puan Aliah dapat menjaga dan membantu ibu mereka dengan sebaiknya....aminn...
 
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” Surah al- Isra' ayat 23.
 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Khamis 01 Jun 2023, 07:53:27.

Jumlah Pelawat

003613247

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

Bilangan Masjid dan Surau Mengikut Daerah di Negeri Melaka