BAYARAN SAHAM WAKAF SECARA ONLINE

bannerwakaflatest

PENGERTIAN WAKAF

Bahasa: Berhenti (وقف), Menahan (حبس), Menghalang (منع)

Istilah/Syara’: “Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T”

WAKAF

Mengikut Seksyen 77, Akta Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) menjelaskan:

“Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana suratcara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau menyentuh perkara itu, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal Wakaf Negeri Melaka.”

 

wakafpendidikanv2           wakafmesin

WAKAF PENDIDIKAN 

Hasil daripada dana wakaf ini akan diagihkan melalui biasiswa, bantuan

kewangan dan kemudahan pelajaran, pembelajaran serta pendidikan. 

 

 

                

 

WAKAF PERUBATAN 

Mesin hemodialisis yang diwakafkan bertujuan untuk memenuhi

keperluan pesakit buah pinggang memandangkan peningkatan

jumlah pesakit serta jumlah mesin yang sangat terhad di Hospital

 Hospital dan Pusat Rawatan Hemodialisis. Kos bagi Pembelian 10

 buah mesin hemodialisis ini adalah sebanyak RM 399,000.00

       

 

 masjidv3    pembanguanv2

 WAKAF MASJID, SURAU DAN MADRASAH

Wakaf ini bertujuan bagi pembelian atau pengambilan tanah untuk pembangunan tapak

masjid, surau dan madrasah di samping pembaikan infrastruktur bagi pengimarahan

serta kemudahan para jemaah untuk beribadat

 

 

WAKAF PEMBANGUNAN

Wakaf ini bertujuan untuk menyediakan prasarana bangunan dan premis

yang mempunyai nilai kormesial bagi meningkatkan ekonomi umat Islam 

di samping mengekalkan aset yang mampu menyaingi pasaran

 semasa yang kian berkembang pesat     

       

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini1458
Semalam3091
Minggu Ini13192
Bulan Ini56618
Keseluruhan1583130
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.