Zakat Bantu Lerai Kekusutan Keluarga Adik Muhammad Ikhwan Aiman

adik-saki-hati

ZAKAT BANTU LERAI KEKUSUTAN KELUARGA ADIK MUHAMMAD IKHWAN AIMAN

Sepasang suami isteri buntu untuk mencari dana bagi mengubati penyakit anak mereka yang mempunyai masalah hati dan usus di luar sejak lahir. Ain Amira Zainal, 27; yang hanya menjadi surirumah bagi menjaga adik Muhammad Ikhwan Aiman Ibrahim, 3; hanya mengharapkan suami beliau yang hanya bekerja sebagai juruteknik kilang.

Dengan hanya mengharapkan suami yang bekerja dan rumah sewa yang perlu dibayar setiap bulan, suami beliau terpaksa mencari pendapatan sampingan sebagai tukang paip memasang penapis air di luar rumah.

Bahagian Agihan Zakat telah menziarahi keluarga ini bagi memberikan bantuan sokongan dengan memberikan khidmat nasihat mengenai proses perubatan adik Muhammad Ikhwan Aiman. Hasil pertemuan pada hari tersebut bersama pihak Bahagian Agihan Zakat sedikit sebanyak melegakan hati kedua-dua pasangan suami isteri ini untuk tindakan menjalani pembedahan perubatan yang mungkin akan dijalankan di Hospital Kuala Lumpur.

Bahagian Agihan Zakat juga telah sudi memberikan bantuan kecemasan berupa wang ringgit dan barangan keperluan dapur kepada keluarga adik Muhammad Ikhwan Aiman. Bahagian Agihan Zakat juga bersedia pada bila-bila masa untuk membantu adik Muhammad Ikhwan bagi mengurangkan beban yang ditanggung sekiranya terdapat kesukaran mengenai proses pembedahan perubatan yang bakal ditanggung oleh keluarga ini.

Semoga keluarga adik Muhammad Ikhwan Aiman sentiasa tabah dan cekal di atas setiap ujian yang diberikan olehNya dan semoga kita semua tergolong di dalam orang-orang yang sabar.

#KisahZakatMalaysia
#BendaBolehViralBuatApaCariKebenaran
#KamiAnakMelaka
#BendaBolehPertikaiBuatApaMuhasabahDiri
#SiapaCakapMohonZakatSusah

 

 
 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

UNDIAN

Apakah pendapat anda tentang perkhidmatan yang disediakan oleh MAIM?

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini1425
Semalam1660
Minggu Ini4476
Bulan Ini10511
Keseluruhan3742236
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.