Majlis Penyerahan Bantuan Persediaan Syawal Bagi Muallaf

bantuan-muallaf

 

20 Mei 2019 (Isnin)

Majlis Penyerahan Bantuan Persediaan Syawal Bagi Saudara Muslim Negeri Melaka 2019.

Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Menteri, Tuan Haji Adly bin Zahari dan hadir sama pada majlis itu, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Tuan Haji Azman bin Haji Aziz dan Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam MAIM, Ustaz Mohd Leow bin Abdullah.

Setiap penerima sumbangan atau saudara muslim menerima bantuan berjumlah RM 450.00 bagi kategori lelaki dan perempuan dewasa manakala bagi kategori kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah, mereka menerima sumbangan berjumlah RM 150.00.

Seramai 1,359 saudara muslim seluruh negeri Melaka menerima sumbangan berkenaan dan semoga bantuan yang diterima ini mampu menceriakan hari mereka untuk menyambut bulan Syawal yang bakal menjelang tiba.

#amanahandatanggungjawabkami.

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

UNDIAN

Apakah pendapat anda tentang perkhidmatan yang disediakan oleh MAIM?

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini1444
Semalam1660
Minggu Ini4495
Bulan Ini10530
Keseluruhan3742255
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.