26 Jun 2019 (Rabu)
Delegasi Usahawan-Usahawan Muslim China telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebentar tadi. Delegasi berkenaan di sambut ceria oleh Setiausaha MAIM, Tuan Haji Azman bin Haji Aziz bersama beberapa pegawai MAIM. Tujuan lawatan bertukar pandangan dan usahasama dalam memperkembangkan industri halal di negeri Melaka. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Halal Hub Sdn Bhd, En. Md Zaini bin Zainal. Semoga kerjasama ini akan memberi manfaat kepada seluruh umat Islam khususnya usahawan asnaf MAIM bagi memperkembangkan industri halal ke arah yang lebih berdaya saing.