Menyantuni Asnaf Dan Mangsa Kebakaran Rumah

kebakaran-bukitrambai

 

Menyantuni Asnaf Dan Mangsa Kebakaran Rumah #PengagihanZakatYangTelusAmanahKami

 

30 Julai 2019 : Team MAIM Agihan Zakat (Melaka Tengah) telah meluangkan masa menyantuni mangsa-mangsa kebakaran rumah di Kg. Paya Mengkuang, Bukit Rambai, Melaka. Kebakaran yang dilaporkan berlaku pada 29 Julai 2019 jam 8.05 malam itu adalah disyaki akibat daripada litar pintas. Akibat dari kebakaran tersebut, 2 keluarga telah kehilangan harta benda termasuk dokumen-dokumen penting dan peribadi.

Dalam kunjungan tersebut, Team MAIM Agihan Zakat (Melaka Tengah) menyumbangkan sejumlah wang dan barangan makanan bagi membantu keluarga ini menampung perbelanjaan mereka sekeluarga akibat daripada musibah tersebut sebelum dibawa ke Mesyuarat JKKAB untuk bantuan yang lain. Semoga sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya En. Aziz bin Mohd Ali dan En. Mohd Zulkornain bin Ali

Mangsa pertama, En. Aziz bin Mohd Ali, 62 tahun merupakan Penerima Bantuan Makanan Bulanan MAIM sejak Mei 2019. Beliau seorang warga emas dan tiada pendapatan. Mempunyai 2 orang anak yang bersekolah. Semasa kejadian, beliau sekeluarga tiada di rumah.

Manakala, Mangsa kedua, En. Mohd Zulkornain bin Ali, 37 tahun, bekerja sebagai Pembantu Tadbir di Kem Terendak, Melaka. Isteri beliau bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta dan mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah. Semasa kejadian, hanya seorang anak beliau berada di rumah. Anak beliau sempat keluar rumah untuk menyelamatkan diri semasa kebakaran. Justeru itu anak beliau telah menerima rawatan di Hospital akibat sesak nafas.

Pihak MAIM juga mendoakan semoga 2 keluarga ini tabah menghadapi dugaan ini dan dikurniakan rezeki yang lebih bagi membina kehidupan dan semangat yang baru.

Pihak MAIM juga menyeru kepada semua Sektor Korporat, Ahli Perniagaan, NGO’s, GLC atau individu untuk tampil memberikan bantuan kepada 2 keluarga ini bagi meringankan beban mereka. Bantuan Sektor Korporat, Ahli Perniagaan, NGO’s, GLC atau individu amat di harapkan selain sumbangan yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri melalui agensi - agensi berkaitan kepada mangsa kebakaran ini.

Pihak MAIM juga memohon kerjasama kepada semua lapisan masyarakat dalam menyalurkan maklumat mengenai kejadian seperti ini kepada MAIM atau agensi yang terlibat supaya tindakan segera dapat diambil bagi tujuan menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka yang terlibat.

Pihak MAIM juga menasihati kepada ahli masyarakat supaya sentiasa sikap berwaspada dan berhati-hati bagi mengelakkan kejadian seperti ini tidak berulang lagi, Walaubagaimanapun kebakaran adalah sebagai satu malapetaka yang tidak dapat dielak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini656
Semalam2367
Minggu Ini5473
Bulan Ini48310
Keseluruhan1347423
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.