Upacara Perlepasan Kontijen Melaka ke Pertandingan Mahrajan

mahrajan

  

 

Upacara pelepasan telah Kontinjen Muallaf dan Orang Asli Melaka ke Pertandingan Mahrajan Amal Islami Saudara Muslim dan Sukan Orang Asli Islam Peringkat kebangsaan Tahun 2019M /1440H telah diadakan pada 16 Ogos 2019, jam 7.30 pagi di perkarangan Kompleks Darul Huda, Balai Islam MAIM.

Pelepasan telah disempurnakan oleh Tn Hj Azman Bin Hj Aziz , Setiausaha MAIM dengan ucapan pembakar semangat kepada peserta kontinjen agar memberikan aksi dan persembahan terbaik disamping mengeratkan Ukhwah Islamiah sesama peserta dari pelbagai lapisan bangsa sempena Pertandingan Mahrajan dan Sukan Orang Asli tersebut yang bakal berlangsung pada 16 hingga 18 Ogos 2019 di Kompleks Darul Hidayah, Seberang Perai Pulau Pinang.

Selain itu, bendera Negeri Melaka turut disampaikan oleh Tn Hj Azman bin Hj Aziz , Setiausaha MAIM kepada ketua kontinjen negeri Melaka iaitu Us Aminuddin Bin Azis sebagai lambang semangat dalam pertandingan tersebut.

Semoga para peserta diberikan kesihatan yang baik, ketenangan hatiku dan kelancaran lidah dalam pertandingan tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini408
Semalam2380
Minggu Ini2788
Bulan Ini41603
Keseluruhan1415320
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.