BICARA ILMU BERSAMA TUAN HJ AZMAN BIN HJ AZIZ, SETIAUSAHA MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA
-----------------------------------------------------------------
Majlis Bicara Ilmu serta sumbangan bantuan makananan dan wang ringgit kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh pada 20 Ogos 2019 (Selasa) pada jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang.
Dalam majlis tersebut, Tuan Setiausaha MAIM telah memberikan motivasi dan ilmu kepada murid-murid tahun 4 & 5 di sekolah berkenaan bagi memberi galakan, semangat dan tips untuk berjaya di dalam pelajaran.
Semoga amanat yang beliau sampaikan dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar berkenaan.