Kursus Pecutan Akhir Peperiksaan SPM Perintis Harapan MAIM 2019
-----------------------------------------------------------------------------
Ahad- 8 September 2019
Seramai 98 orang anak asnaf iaitu perintis harapan MAIM mengikuti kursus berkenaan yang telah diadakan di Hotel Metrasquare selama 3 hari bermula 6 hingga 8 September 2019.
Kursus menumpukan kepada teknik dan kaedah menjawab soalan serta slot kerohanian bagi memupuk semangat jiwa murni dalam diri mereka.
Sama-sama kita doakan semoga anak-anak perintis harapan MAIM ini berjaya dalam pelajaran dan seterusnya menjadi pemuda harapan keluarga, agama, bangsa dan negara tercinta.