Kursus Persediaan Akhir Peperiksaan PT3
-----------------------------------------------------------------------------
Disertai oleh anak-anak asnaf iaitu perintis harapan MAIM yang bakal menduduki peperiksaan PT3 telah berlangsung di MITC Hotel Ayer, Keroh pada 6 hingga 8 September 2019.
Kursus menumpukan kepada teknik dan kaedah menjawab soalan serta slot kerohanian bagi memupuk semangat jiwa murni dalam diri mereka.
Sama-sama kita doakan semoga anak-anak perintis harapan MAIM ini berjaya dalam pelajaran dan seterusnya menjadi pemuda harapan keluarga, agama, bangsa dan negara tercinta.