Majlis Sambutan Hari Asyura
-----------------------------------------------------------------------
Majlis Sambutan Hari Asyura (10 Muharam 1441H) di Rumah Anak Yatim Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (RAYSAS) telah diadakan baru-baru ini. Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Tuan Haji Azman bin Haji Aziz berbesar hati meluangkan masa hadir dan bersama-sama anak-anak yatim dengan mengusap kepala anak-anak tanda memohon keberkatan.
Seramai 68 orang anak yatim yang terlibat dalam program berkenaan dan alhamdulillah mereka turut menerima sumbangan daripada pihak MAIM semoga amalan ini menjadi pemangkin kepada kita untuk menjadi insan yang lebih baik serta mendapat kemuliaan diri didunia dan akhirat. Amin.