Majlis Mahabbah Menyantuni Anak Yatim anjuran Lembaga Masjid Kariah Telok Mas
-----------------------------------------------------------------------------
Selasa - 10 September 2019 (10 Muharram 1441H)
Setiausaha MAIM, Tuan Haji Azman bin Haji Aziz hadir pada Majlis Mahabbah Menyantuni Anak Yatim anjuran Lembaga Masjid Kariah Telok Mas semalam. Dalam majlis yang sama Tuan Haji Azman turut menyampaikan sumbangan daripada MAIM bagi menampung kos pembaikan kerosakan masjid berkenaan akibat insiden kemalangan yang berlaku baru-baru ini.
Semoga segala usaha kebaikan yang dilaksanakan mendapat keberkatan Allah hendakNya...amin.