Program Usahawan Harapan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
----------------------------------------------------------------
Program Ushawan Harapan MAIM telah dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Insan MAIM dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian & Keusahawanan Melaka (MISDEC) bertempat di bangunan MISDEC baru-baru ini. Seramai 15 usahawan harapan MAIM menyertai program berkenaan. Pengkhususan di dalam program berkenaan adalah memberi tumpuan berkaitan teknik dan kaedah pembuatan kek dan kuih muih moden yang lebih komersial. Semoga usaha ini akan berterusan dalam usaha membantu usahawan harapan MAIM mampu menambah pendapatan mereka dan berjaya menjadi usahawan yang disegani di masa akan datang.