Ziarah Mangsa Kebakaran di Kampung Pulai, Merlimau Melaka

mangsa-kebakaran

  

 ZIARAH MANGSA KEBAKARAN RUMAH BERSAMA TUAN HJ AZMAN BIN HJ AZIZ, SETIAUSAHA MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

 

-----------------------------------------------------------------------------
Bahagian Agihan Zakat Maim | 17 September 2019

Di Atas Keprihatinan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Dan Setiausaha Maim, Ybhg. Tuan Haji Azman Bin Haji Aziz Telah Meluangkan Masa Menyantuni Mangsa Kebakaran Rumah Iaitu Encik Othman Bin Ahmad Dan Puan Halijah Binti Ahmad Di Alamat Km 17 Kampung Pulai 77300 Merlimau Melaka. Kebakaran Yang Dilaporkan Berlaku Pada 16 September 2019 Itu Adalah Disyaki Akibat Daripada Lintas Pintas Dan Telah Mengakibatkan Keluarga Tersebut Kehilangan Harta Benda Dan Barang Peribadi..

Dalam Kunjungan Tersebut Ybhg. Tuan Haji Azman Bin Haji Aziz Telah Menyalurkan Sejumlah Wang Tunai Dan Barangan Makanan Bagi Membantu Keluarga Ini Menampung Perbelanjaan Mereka Sekeluarga Akibat Daripada Musibah Tersebut. Semoga Sumbangan Tersebut Dapat Dimanfaatkan Sebaiknya Oleh Encik Othman Bin Ahmad Dan Puan Halijah Binti Ahmad

Penama Dan Isteri Sekeluarga, Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada Pihak MAIM Terhadap Keprihatinan dan Bantuan Yang Telah Diberikan

Untuk Mengetahui Lebih Banyak Lagi Aktiviti Berkaitan Majlis Agama Islam Melaka, Like, Comment Dan Share Juga Di Instagram https://www.instagram.com/maimmelaka/ Dan Twitter https://twitter.com/maim_melaka.
#ZakatDiberkatiAsnafDisantuni
#TerimaKasihPembayarZakatMelaka

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini434
Semalam2475
Minggu Ini5437
Bulan Ini39687
Keseluruhan1487719
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.