PENYERAHAN BANTUAN BAGI MERINGANKAN BEBAN PUAN NORINA BINTI ABDULLAH
---------------------------------------------------------------------------
Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Tuan Haji Azman bin Haji Aziz berbesar hati menziarahi asnaf muallaf, Puan Norina binti Abdullah di Hospital Besar Melaka semalam.
Puan Norina menghidap sakit tulang belakang dan memerlukan pembedahan segera bagi memgurangkan risiko beliau lumpuh dan tidak mampu bergerak.
Tuan Haji Azman turut sudi menyampaikan sumbangan wang tunai bagi meringankan bebanan keluarga Puan Norina.
Insha Allah segala urusan bantuan dan kebajikan sebaik selesai pembedahan akan diuruskan oleh Bahagian Balai Islam MAIM.
Sama-sama kita panjatkan doa agar pembedahan berkeanaan akan dipermudahkan Allah dan akam diberikan kesembuhan segera hendakNya. Amin.
#amanahandatanggungjawabkami
#terimakasihpembayarzakatnegerimelaka