Lawatan Kerja Ketua Menteri ke Kompleks Darul Huda Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
-------------------------------------------------------------------------
30 September 2019- Isnin
Ketua Menteri, YAB Tuan Haji Adly bin Zahari hadir
mengadakan lawatan kerja ringkas ke kompleks berkenaan (Balai Islam) sebentar tadi.
Taklimat dan hala tuju Balai Islam telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Leow bin Abdullah.
Balai Islam merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam membantu dan membimbing saudara-saudara baru iaitu muallaf kita ke arah pemantapan aqidah dan memupuk rasa tanggungjawab terhadap agama Islam.
Beliau turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 5 orang asnaf muallaf bagi meringankan beban mereka menjalani kehidupan seharian.
Insha Allah fungsi Balai Islam ini akan sentiasa kita ditambah baik dari semasa ke semasa.