Meniti Usia Dengan Hanya Ditemani Kucing Dan Ayam Dirumah

sumbanganpakcikuzuur

 

Meniti Usia Dengan Hanya Ditemani Kucing Dan Ayam Dirumah

Tiada kata-kata yang boleh diungkapkan ketika Skuad Agihan Zakat Maim menziarahi pakcik Dollah Muhammad, 85; di rumah beliau di Ujong Pasir di sini petang tadi.

Beliau yang tinggal seorang diri hanya ditemani kucing dan anak-anak ayam yang dipelihara di rumah sewa yang berharga RM250 sebulan dengan bumbung yang bocor sewaktu kami ziarahi di waktu hujan masih belum berhenti.

Keceriaan jelas tergambar di wajah beliau kerana ada yang sudi menziarahi beliau ketika tiada satu sen pun wang yang ada untuk dibuat belanja seharian. Beliau yang mempunyai empat orang anak dan 21 cucu serta cicit serta tidak tinggal bersama dan mempunyai kehidupan lain hanya mampu tertunduk apabila menceritakan kisah anak dan cucu-cucu beliau kepada Ketua Skuad Agihan Zakat Melaka Tengah ketika diziarahi.

Beliau yang hanya mengharapkan upah mengopek kelapa hanya bergantung sepenuhnya upah tersebut untuk belanja seharian, memberi makan kucing dan ayam serta membayar sewa rumah yang uzur di usia yang semakin senja.

Melihatkan keadaan itu, Bahagian Agihan Zakat Maim telah sudi menyalurkan bantuan kecemasan segera berupa barang makanan dan wang tunai bagi membolehkan pakcik Dollah meneruskan kelangsungan hidup seharian beliau. Bahagian Agihan Zakat juga akan membantu menyegerakan bantuan bulanan kepada pakcik Dollah.

Walaupun bantuan yang akan disalurkan itu nanti tidak begitu besar nilainya namun sedikit sebanyak dapat memberikan beliau kelegaan dalam meneruskan kehidupan.

Bahagian Agihan Zakat juga sentiasa mengharapkan maklumat dari seluruh masyarakat di negeri Melaka untuk terus mengagihkan bantuan kepada mereka yang layak. Bantuan serta sokongan dari masyarakat di luar sana juga sangat diharapkan agar turut sama-sama membantu Agihan Zakat untuk membantu mereka yang kurang berkeupayaan agar golongan ini tidak merasa diri mereka tersisih.

#TerimaKasihPembayarZakat
#ZakatBukanSekadarFitrah
#ZakatMelakaDanMaimBerpisahTiada

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini1391
Semalam3091
Minggu Ini13125
Bulan Ini56551
Keseluruhan1583063
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.