Kursus Asas Keselamatan Kebakaran Dan Fire Drill Kakitangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

kursusfiredrill

 

11 Disember 2019 (Rabu)

Kursus Asas Keselamatan Kebakaran Dan Fire Drill Kakitangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Seramai 35 orang peserta yang juga merupakan pegawai dan kakitangan MAIM telah mengikuti kursus berkenaan bertempat di Balai Bomba Dan Penyelamat, Jalan Kubu Melaka.

Kursus berkenaan memberi pendedahan kepada orang awam tentang pencegahan dan keselamatan kebakaran di bangunan, bagaimana menggunakan alat pemadam api mudah alih yang sediada dibangunan dan kaedah menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran.

Ternyata, kursus ini memberi pelbagai pengalaman baru kepada peserta dan menjiwai cara kerja anggota bomba mengorbankan nyawa mereka demi menyelamatkan mangsa serta memastikan kebakaran dan kecelakaan mampu diatasi dengan sebaiknya.

Latihan simulasi fire drill turut diadakan bagi memastikan setiap peserta mampu menempuh situasi merbahaya khususnya apabila berlakunya kebakaran di temoat kerja.

Alhamdulillah semua latihan berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil daripada kerjasama dan tunjuk ajar daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Jalan Kubu.

Terima kasih JBPM Negeri Melaka.


 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

UNDIAN

Apakah pendapat anda tentang perkhidmatan yang disediakan oleh MAIM?

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini541
Semalam1414
Minggu Ini7213
Bulan Ini27881
Keseluruhan3573719
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.