Nasib Ibu Tunggal Merantau Ke Melaka Dibela

ibu-tunggal-merantau

 

Nasib Ibu Tunggal Merantau Ke Melaka Dibela

 

Seawal pagi hari Sabtu Skuad Agihan Zakat (SAZ) MAIM telah mendapat maklumat dari jawatankuasa PIBG di salah sebuah sekolah di Ayer Keroh bahawa terdapat 5 pelajar yang tidak mampu membeli barangan keperluan sekolah dan membeli makanan di kantin.

Bertindak atas maklumat yang diberikan, pihak SAZ telah melupakan dahulu cuti rehat bersama keluarga dan mengumpulkan anggota SAZ untuk bersiap menyediakan barangan keperluan makanan dan bantuan kewangan kecemasan bagi menziarahi keluarga anak-anak ini di sebuah rumah pangsa di Tasik Utama, Ayer Keroh.

Ketika kami sampai di hadapan pintu rumah salam kami telah disambut oleh dua orang kanak-kanak perempuan yang berumur 13 dan 8 tahun manakala sepasang kanak-kanak kembar berumur 6 tahun sedang tertidur nyenyak beralaskan tikar getah di dalam rumah tanpa sebarang perabot mewah.

Hasil temubual ringkas bersama dua kanak-kanak terbabit mendapati mereka berempat sahaja yang berada di dalam rumah manakala ibu mereka membawa seorang lagi adik ke sekolah bagi menguruskan pembelian baju dan peralatan buku-buku sekolah.

Setelah menghubungi dan menunggu beberapa minit akhirnya SKUAD berjaya menemui Pn. Siti Aminah Muhamad, 30; dan dapat berbual bagi mendapatkan maklumat mengenai beliau dan tanggungannya di dalam rumah.

Melalui temubual yang dijalankan, beliau adalah seorang ibu tunggal yang mempunyai tiga orang anak berumur 8 dan dua orang kembar lelaki berumur 6 tahun dan turut menjaga dua orang adik perempuan berumur 13 dan 11 tahun yang masih belajar di sekolah manakala bekas suami pula berada di dalam penjara kerana kes dadah. Beliau berasal dari Kelantan dan baru tinggal di Melaka hampir setahun yang lalu.

Merupakan anak sulung dan kedua ibu bapanya telah lama bercerai dengan kedua-duanya telah berkahwin lain dan kurang memgambil tahu mengenai beliau dan adik beradiknya.

Sebelum tinggal di Melaka, Siti Aminah bersama tanggungannya pernah tinggal di Kuala Lumpur dan bekerja di kedai serbanika 24 jam sebelum bertukar kerja di kedai makan tetapi tidak dibayar gaji.

Di dalam keadaan kepayahan menguruskan hidup di Melaka, beliau terlihat kerja kosong di sebuah kilang di Tasik Utama Ayer Keroh dan berjaya mendapatkannya serta berjaya menyewa rumah pangsa di kawasan berhampiran dengan RM 400 sebulan.

Dengan pendapatan bekerja kilang sebanyak RM 1100 sebulan dengan 5 tanggungan beliau tidak mampu mengambil pilihan bekerja secara "shif" dan kerja lebih masa secara berlebihan kerana risau meninggalkan anak dan adiknya yang masih kecil di rumah ketika keluar bekerja.

Atas faktor tersebut, pihak SAZ telah sudi menyalurkan bantuan zakat bulanan kepada beliau bagi meringankan beban yang ditanggung bagi menguruskan tangunganya setiap bulan walaupun baru setahun tinggal di negeri ini.

Pada ziarah tersebut itu juga pihak SAZ turut membantu keluarga ini membaiki bilik air rumah keluarga ini yang mengalami masalah kebocoran tangki air di bilik mandi dan lubang bilik air yang tersumbat selain menyerahkan bantuan keperluan makanan asas dan wang tunai kecemasan bagi membayar keperluan persekolahan anak-anak dan adik-adiknya.

#TerimaKasihPembayarZakat
#ZakatBukanSekadarFitrah
#JomPotongGajiBayarZakat
#BersihJiwaSuciHarta
#ZakatMelaka
#BahagianAgihanZakatMaim
#BaitulmalAgihanZakat
#AgihanZakatYangTelusAmanahKami

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

Memuaskan - 4%
Baik - 4.7%
Boleh Diperbaiki Lagi - 3.9%

Total votes: 801
The voting for this poll has ended on: Disember 31, 2019

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini1075
Semalam3377
Minggu Ini14671
Bulan Ini7602
Keseluruhan1949599
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.