MAIM Turut Agih Makanan Kecemasan Kepada Masyarakat Rohingya
Sebanyak 37 set barangan makanan kecemasan telah diagihkan kepada masyarakat Rohingya di sebuah penempatan Rohingya di Limbongan, Melaka hari ini.
Bantuan ini merupakan bantuan makanan kecemasan yang telah di masukan sebagai peruntukan khas Covit 19 iaitu sebanyak RM 3.6 juta dan telah diagihkan sebahagiannya kepada 37 keluarga yang terjejas di perkampungan ini.
Sedikit sebanyak bantuan yang disalurkan oleh pihak MAIM pada hari ini dapat membantu masyarakat ini meringankan beban yang ditanggung kerana tidak dapat bekerja mencari rezeki untuk keluarga.
Bantuan ini telah disampaikan oleh Setiausaha Perhubungan Ketua Menteri iaitu Datuk Ashakari Abu Noor; bagi mewakili YAB Ketua Menteri Melaka.