Perlaksanaan Bantuan Ketika PKP

bantuanpkp2

 

WALAU PKP MAIM TETAP USAHA BANTU KELUARGA MEMERLUKAN

Dah lama rasanya Skuad Agihan Zakat(SAZ) tidak berkongsi suka duka keluarga yang mungkin terkesan tidak dapat mencari rezeki sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Ada yang menghubungi kami kerana tidak mampu membayar sewa rumah, ada yang mengadu ibu tunggal tidak dapat berniaga kerana anak terlantar kemalangan, ada yang mengadu baru lepas berpantang dengan anak yang masih merah dan suami pula berada di hospital serta tidak mampu membeli barang keperluan serta keluarga yang mempunyai masalah insolvensi serta lumpuh dan pelbagai lagi masalah.

Walaupun siaran ini agak lewat untuk disiarkan biarlah sahaja gambar berbicara sebagai pengganti cerita kepada seluruh masyarakat di negeri ini bahawa MAIM sentiasa berusaha untuk menyantuni mereka yang memerlukan bantuan.

Semoga dengan usaha yang ditunjukkan ini dapat meyakinkan seluruh pembayar-pembayar zakat yang kami sentiasa berusaha menjalankan amanah yang digalas.

#TerimaKasihPembayarZakatMelaka
#PembayarZakatHeroAsnaf
#TabungMusaadahMaim
#ZakatBukanSekadarFitrah
#ZakatMelaka
#BahagianAgihanZakatMaim

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

UNDIAN

Apakah pendapat anda tentang perkhidmatan yang disediakan oleh MAIM?

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini113
Semalam983
Minggu Ini6742
Bulan Ini40345
Keseluruhan3629554
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.