Ziarah Kasih Syawal Dun Lendu

ziarahkasih1

 

 

Alhamdulillah di bulan syawal yang indah ini Skuad Agihan Zakat Melaka (SAZ) MAIM tetap turun ke padang menyantuni asnaf dan masyarakat islam yang dalam kesusahan akbiat terkesan dengan pandemik wabak Covid-19 di negeri ini.

Kisah yang tular sebelum ini di dalam akhbar nasional sebelum ini (pautan akhbar berkenaan : https://www.sinarharian.com.my/…/Tiga-beranak-tinggal-di-at…
telah diberi perhatian sebaiknya daripada MAIM Cawangan Alor Gajah.

SAZ diketuai Pegawai Agihan Zakat Alor Gajah (PAZAG), Ustaz Mazfazil bin Ismail hadir bagi melihat sendiri keadaan pengadu bersama keluarganya dirumah mereka bertempat dalam DUN Lendu.

Dengan keadaan fizikal rumah dan situasi semasa pendapatan pengadu yang agak dhaif, MAIM menyampaikan bantuan segera berbentuk wang tunai bagi meringankan beban yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Insha Allah bagi bantuan teknikal lain pihak MAIM telah memanjangkan perkara berkenaan kepada pihak yang berkaitan bagi tujuan tindakan selanjutnya.

Bagi pihak MAIM dan SAZ, kami akan sentiasa menyantuni golongan yang memerlukan bagi memastikan mereka dibantu dengan sebaik-baiknya.

Semoga usaha murni kita ini akan diberkati Allah SWT dan sama-sama kita berdoa agar sumbangan yang diberi mampu memberi sinar kehidupan yang lebih baik di masa akan datang.

#terimakasihpembayarzakatnegerimelaka
#amanahandatanggungjawabkami

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

Memuaskan - 4%
Baik - 4.7%
Boleh Diperbaiki Lagi - 3.9%

Total votes: 801
The voting for this poll has ended on: Disember 31, 2019

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini1103
Semalam1624
Minggu Ini9426
Bulan Ini6094
Keseluruhan2195805
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.