Skuad Agihan Zakat (SAZ) MAIM Cawangan Alor Gajah Menyantuni Mangsa Kebakaran

bantuanalorgajah

 

 

Assalamualaikum dan Salam Melakaku Maju Jaya,
11 November 2020 (Rabu)
Skuad Agihan Zakat Melaka (SAZ) MAIM Cawangan Alor Gajah telah menyantuni mangsa kebakaran, Encik Zaidi bin Mahat dan adiknya Encik Mohd Khalid bin Mahat di Kampung Sungai Petai dalam DUN Rembia sebentar tadi. Pegawai Agihan Zakat Daerah Alor Gajah, Ustaz Mazfadzil bin Ismail turun padang melihat sendiri keadaan rumah mangsa yang hangus dijilat api.
Alhamdulillah syukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku namun kesemua harta benda musnah dalam kebakaran itu dan tidak dapat diselamatkan.
Berdasarkan maklumat yang diberi, punca kebakaran adalah akibat litar pintas namun siasatan lanjut masih dalam proses penilaian pihak bomba.
Kini mangsa menumpang sementara di rumah adiknya yang tinggal berdekatan bersama ibu mereka.
SAZ turut menyampaikan sumbangan kit makanan serta titipan kata-kata semangat kepada mangsa dan insha Allah segala keperluan sampingan telah dipanjangkan kepada agensi-agensi yang berkaitan untuk tindakan sepanjutnya.
Sama-sama kita doakan semoga mangsa sekeluarga tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

UNDIAN

Apakah pendapat anda tentang perkhidmatan yang disediakan oleh MAIM?

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini1242
Semalam1988
Minggu Ini11721
Bulan Ini9601
Keseluruhan2488940
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.