Menyantuni Asnaf Daerah Melaka Tengah

santuni-asnaf-mt

Assalamualaikum dan Salam Melakaku Maju Jaya.
Perlaksanaan PKP 2.0 yang sedang berlangsung tidak menghalang MAIM untuk terus menyantuni asnaf. Meneladani firman Allah yang bermaksud:
“…berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana saja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan), sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Baqarah, ayat 148)
Alhamdulillah, Tuan Haji Muhammad Ikram Bin Ibrahim, Setiausaha MAIM bersama Encik Mohd Nasir Bin Wahab, Ketua Seksyen Agihan Zakat serta Skuad Agihan Zakat Daerah Melaka Tengah telah menyantuni dua orang asnaf; encik Nazim dan puan Faridah dalam satu kunjungan ringkas semalam di kediaman mereka, masing-masing di Taman Sentosa Bukit Baru serta Kampung Pengkalan Minyak, Ayer Molek.
Encik Nazim Bin Hasan merupakan penerima bantuan MAIM sejak tahun 2004. Beliau telah ditimpa musibah kemalangan pada 2004 semasa dalam perjalanan ke tempat kerja yang mengakibatkan kecacatan kekal dan terlantar sehingga kini. Beliau tinggal bersama kedua orang tuanya yang mengambil tanggungjawab menjaganya di sebuah rumah sewa di Bukit Baru.
Manakala puan Faridah binti Osman pula merupakan penerima bantuan MAIM sejak 2018. Beliau terlantar sejak 2017 akibat strok. Dan kini dijaga oleh adiknya, dimana selain beliau, adiknya turut menjaga kedua orang tuanya yang sangat uzur.
Dalam kunjungan tersebut, Tuan Haji Muhammad Ikram telah menyerahkan bantuan tunai bulanan selain mengambil peluang bertanyakan khabar dan keadaan semasa mereka.
Untuk encik Nazim dan puan Faridah, kami mendoakan semoga sentiasa dirahmati Allah selalu. Amin.

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

UNDIAN

Apakah pendapat anda tentang perkhidmatan yang disediakan oleh MAIM?

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini375
Semalam1832
Minggu Ini2208
Bulan Ini2208
Keseluruhan2634413
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.