Misi Bantuan Kit Musaadah kepada Persatuan Gunting Rambut Melaka

1februari2021

Assalamualaikum dan Salam Melakaku Maju Jaya.
1 Februari 2021 (Isnin)
Alhamdulillah pada pagi ini penyampaian ringkas bantuan kecemasan kit makanan Musa'adah Bilik Gerakan Agensi Agama Islam Negeri Melaka kepada Persatuan Gunting Rambut Melaka.
Sebanyak 104 kit makanan disediakan untuk diagihkan kepada ahli-ahli persatuan berkenaan. Juga menerima sumbangan kita makanan hari ini, Persatuan Beca Warisan Negeri Melaka.
Simpati melihat mereka yang amat terkesan apabila tidak dapat mencari rezeki sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Didoakan semoga dengan sumbangan tidak seberapa ini, mampu meringankan beban mereka sepanjang tempoh PKP ini.
Kepada mereka yang mempunyai keupayaan dan rezeki yang lebih, jangan la lupa melihat dan memandang saudara-mara dan jiran kita yang berada dalam kesusahan.
Bak kata orang-orang tua, tak orang tak kita, kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang, bila lagi...
Dan insha Allah sepanjang minggu ini, MAIM melalui Bilik Gerakan Agensi Agama Islam Melaka akan menyalurkan bantuan dan sumbangan kita makanan kepada beberapa pusat tahfiz, persatuan bas sekolah, persatuan nelayan dan rumah orang-orang tua di sekitar negeri ini.
Semoga segala usaha murni akan dinikmati dengan ganjaran pahala dan mendapat keberkatan Allah S.W.T.
INGAT! jangan lupa semua, patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.
Kita jaga kita...
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Ma’idah, ayat 2)
Oleh : Erwin bin Abu Hasan
(Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
& Ahmad Fadhli bin Jamaludin
(Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

UNDIAN

Apakah pendapat anda tentang perkhidmatan yang disediakan oleh MAIM?

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini349
Semalam1832
Minggu Ini2182
Bulan Ini2182
Keseluruhan2634387
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.