Pembukaan Bilik Gerakan Banjir Musa'adah

pascabanjir1

Alhamdulillah semalam telah selesai program pembersihan dan gotong royong ringkas bagi pembukaan Bilik Gerakan Pasca Banjir (Musa'adah) Agensi Agama Islam Melaka bertempat di Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Telok Berembang di Kariah Lubok China.
Pengoperasian akan bermula pada 27 Disember 2021 hingga 5 Januari 2022.
Orang ramai yang terkesan banjir boleh terus hubungi bilik gerakan ini di talian yang telah disediakan bagi mendapatkan sebarang makluman dan bantuan yang diperlukan.
Kepada semua, berhati-hati dan sentiasa waspada amaran hujan dan gelombang kedua banjir yang akan berlaku. Jauhi dari kawasan sungai yang melebihi paras merbahaya. Ingat, buaya pun dah mula naik ke jambatan darat ye...
Kita jaga kita ye semua...
ALLAH SWT berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu mahu nafkahkan, sesungguhnya ALLAH mengetahui-Nya." (Surah Ali-Imran, ayat 92).
 
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

UNDIAN

Apakah pendapat anda tentang perkhidmatan yang disediakan oleh MAIM?

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini380
Semalam1155
Minggu Ini6026
Bulan Ini39629
Keseluruhan3628838
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.