Kunjung Hormat Timbalan Pengerusi MAIM ke BSAT

kunjunghormatdatorawi

Badan Sukarelawan Al Taqwa (BSAT) MAIM menerima kunjungan hormat Timbalan Pengerusi MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud sebentar tadi.
Mendengar taklimat ringkas fungsi dan peranan BSAT yang disampaikan oleh Ketua Unit BSAT, Ustaz Haziq Abdullah Thani.
Hadir sama Penolong Setiausaha Bahgian Zakat MAIM, Ustazah Shakina binti Mohd Said dan Ketua Seksyen Pembangunan Insan MAIM, Ustazah Arina Safurra binti Alim.
Pastinya BSAT merupakan sebuah badan sukarelawan dibawah naungan MAIM telah ditubuhkan sejak tahun 2001 dan memainkan peranan besar membantu golongan yang memerlukan khususnya umat Islam di negeri ini.
Kekal rutin harian menyantuni asnaf dan mereka yang memerlukan serta memastikan keterlibatan pelbagai lapisan umur menyertai BSAT, bukan untuk apa...untuk menjadi mata dan telinga MAIM menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Ma’idah, ayat 2).
Oleh : Erwin bin Abu Hasan
(Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
& Ahmad Fadhli bin Jamaludin
(Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

UNDIAN

Apakah pendapat anda tentang perkhidmatan yang disediakan oleh MAIM?

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini689
Semalam1335
Minggu Ini9228
Bulan Ini20072
Keseluruhan3565910
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.