Penyerahan Sumbangan Tunai Kepada Mangsa Rumah Terbakar Pn Robiah binti Salidin

rumahterbakar

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
 
Selesai hari ini menyampaikan sumbangan tunai kepada mangsa rumah terbakar, Puan Robiah binti Salidin di DUN Pantai Kundor. Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) bersama Skuad Al-Taqwa MAIM turut sama hadir melihat keperluan dan bantuan lain yang diperlukan oleh Puan Robiah. ADUN kawasan Pantai Kundor, YB Tuminah binti Kadi juga hadir sama hadir dan santuni Puan Robiah.
 
Di peringkat MAIM, insha Allah sebarang bantuan yang sesuai akan diperhalusi secepat mungkin khususnya penempatan sementara sehingga baik pulih rumah selesai dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri.
 
Semoga Puan Robiah sabar dan tabah menghadapi ujian besar ini.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” Surah Al Insyirah ayat 5- 6.
 
 

 

UNDIAN

Apakah pendapat anda tentang perkhidmatan yang disediakan oleh MAIM?

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini1239
Semalam1595
Minggu Ini5928
Bulan Ini1239
Keseluruhan3732964
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.