29 Jan Memperkasakan Persefahaman Pendidikan dan Kebajikan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan SMK Tun Syed Zahiruddin (SMKTSZ)
Tuan Hj Azman Bin Hj Aziz (Setiausaha MAIM) dan Puan Hjh Nor Afzan Binti Mat Salleh (Pengetua SMKTSZ) bersetuju bersama untuk menjalankan beberapa siri program berteraskan pendidikan dan kebajikan.
Program MAIM di SMKTSZ akan dijangka bermula pada penghujung Februari ini. Semoga aktiviti berkonsepkan pendidikan dan kebajikan ini akan memberi manfaat kepada pelajar, ibubapa dan komuniti sekitar Kampung Air Tawar dan Merlimau. Peristiwa ini berlangsung pada 28 Januari 2019.