Menyantuni Asnaf Rumah Terbakar

rumah terbakar1

 

 

Khamis, 23 Mac 2019 :

Nasib tidak baik menimpa keluarga Latifah binti Yosuf, yang juga Asnaf Miskin MAIM, apabila kediamannya terbakar dijilat api pada Khamis, jam 1.00 Tengahari.

Menurut maklumat awal yang diperolehi dari mangsa, kejadian berlaku akibat masalah Litar Pintas yang berlaku di dalam rumah tersebut. Mangsa yang tinggal bersama Suami, 4 orang anak beserta Ibu beliau, tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Setiausaha MAIM, Hj. Azman bin Hj. Aziz telah mengarahkan Bahagian Agihan Zakat, mengambil tindakan awal memberikan bantuan awalan apabila menerima berita tersebut melalui media sosial.

Sumbangan yang telah disampaikan berbentuk Wang Tunai Kecemasan sebanyak RM500.00 dan Set Barangan Makanan telah disampaikan oleh PSU Bahagian Agihan Zakat, MAIM.

Turut hadir sama ketika itu, Penyelaras Parlimen Tangga Batu, Penghulu Pantai Kundur, Pembantu Kebajikan Japerun Pantai Kundur, Pengerusi MPKK, Pegawai Forensik Bomba serta Penduduk Setempat.

 

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini1268
Semalam2384
Minggu Ini1268
Bulan Ini52899
Keseluruhan1274132
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.