Perjanjian Persefahaman

china

 

 

Delegasi kerajaan Negeri Melaka catat sejarah di China apabila berjaya menandatangani PERJANJIAN PERSEFAHAMAN dalam industri HALAL Global dan pelancongan Islam dan Dakwah tepat jam 6.00 petang pada 14 April 2019 di Dewan Seminar Salam Group di daerah XunDian Yunnan di hadapan lebih kurang 3000 perwakilan ahli-ahli perniagaan Persatuan Hui yang sedang melaksanakan mesyuarat agong tahunan seluruh China. MOA ini turut disertai oleh Prof.Abdullah Gao selaku Pengerusi Persatuan Hui, Mr.Zhu Jiangpeng sebagai Pengerusi Salam Group, Dr.Fong dan Hu Phang Chau mewakili CM Academy.

Delegasi Melaka diketuai YB Norhizam Hassan Baktee (Exco Pertanian Pembangunan Usahawan Koperasi Dan Asas Tani) merangkap Pengerusi Melaka Hahal Hub bagi mewakili YAB Ketua Menteri Melaka. Rombongan ini turut disertai oleh perancang utama pembangunan penjenamaan halal Melaka iaitu En.Md Zaini Zainal selaku Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Halal Hub, Tuan Hj Azman Hj Aziz (Setiausaha MAIM), Hj Md Azhan Samat (Pengarah JAIM) dan Delegasi MAIM, Melaka Bekal & CMI.

Pada Khamis, rakan dagangan Melaka Halal Hub iaitu syarikat Salam Yunan Halal Food Co.Lmt dan CM Academy telah membawa mereka melawat industri ubat antara yang terbesar di dunia iaitu KPC Pharmaceutical di Kunming. Kemudian deligasi Melaka bertemu mata dengan En.Faizal iaitu Konsulat Malaysia di Yunnan. Turut dilawati ialah industri penyembelihan halal lembu, industri pembuatan sosej halal, industri pembuatan roti halal, industri pembuatan barangan perak dan menziarahi masjid terbesar China di daerah Yunnan yang mampu menjadi produk pelancongan Islam di China.

Apa yang menarik terdapat usahawan terbesar tepung halal dari Xian di Utara China turut berminat membawa 60 ahli perniagaan dari Xiang China ke Melaka.

 

UNDIAN

Apakah pendapat anda tentang perkhidmatan yang disediakan oleh MAIM?

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini1343
Semalam1660
Minggu Ini4394
Bulan Ini10429
Keseluruhan3742154
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.